Tuesday, March 23, 2010

teruskan or 360 darjah turn?

Posted by G.GNAK at 3/23/2010 06:58:00 PM

kadang-kadang kita sendiri keliru dengan perasaan kita..kita tak pasti apa yang kita buat tu adakah apa yang kita mahu..dalam hidup, kita selalu terlewatkan kesempatan untuk mengenal siapa diri kita yang sebenar, apa yang kita minati, apa yang kita ingini..kadangkala, selepas jauh kita melangkah, selepas menginjak dewasa, setelah lama kita sebati dalam laluan dan jalan yang selama ni kita rasa itu yang kita mahukan, rupa-rupanya itu bukan diri kita..kesempatan untuk mengenal diri sendiri rupa-rupanya datang selewat ini dan mungkin tidak langsung hadir..adakah kita kuat untuk memenuhi harapan orang lain sehingga keakhirnya atau adakah kita berani untuk mengubah hidup 360 darjah pusingan untuk kepuasan diri sendiri??tidak tahu atau tidak mahu memilih??atau kita tak mampu nak buat kedua-duanya kerana tiada kekuatan lagi untuk meneruskan apa yang telah dimulakan atau kelemahan untuk memulakan sebuah lagi kehidupan yang kita tak pernah bayangkan...atau kita hanya manusia yang suka mengelak dengan kehidupan yang baru sedikit mencabar??

0 comments:

 

G.GNAK Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei