Thursday, October 7, 2010

......IQRA'

Posted by G.GNAK at 10/07/2010 10:29:00 AM
Semalam cik g2 beli 2 buah novel baru dan majalah Solusi isu 24. Dua-dua novel melayu sebab beli di kota tinggi, bukan di johor bharu. Di sini (kota tinggi), tiada english novel yang di jual. Kalau mahu, harus pergi ke bandar JB. Majalah tu pula, untuk bagi makanan pada rohani cik g2 sikitla.






Tajuk: lelaki berkasut merah
Genre: komedi kehidupan
Harga: rm 20.00
Publisher: PTS litera utama sdn. Bhd.
Penulis: bahruddin bekri
Pertama kali cik g2 berjumpa dengan novel ini sewaktu di majlis konvo cik g2 di penang pada ogos lepas. Hati tertarik dengan tajuk novel, ada rasa mahu beli pada letika itu, tetapi kekangan duit membuatkan cik g2 melupakan hasrat suci murni tersebut. Tetapi, jodoh cik g2 dengan novel ini panjang depertemukan sekali lagi di kedai buku plaza gedung harian kota tinggi. Sekarang boleh beli sebab pakai duit raya yang dapat. Hehehehehe. Lucu!!
“saya baca apa yang kamu tulis pada ruangan ‘penghargaan’,” kata cikgu Bakar smabil membetulkan kaca matanya sebelum membaca,”…….kami juga mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Bakar yang agak renting kulitnya itu. Tetatpi,sejak akhir-akhir I ini kulitnya sedah tidak berapa rentung. Mungkin dia menggunakan krim pencerah kulit. Sudah tua-tua pun guna pencerah kulit. Tidak sedar diri……” Cikgu Bakar lalu kembali merenung mereka bertiga….. 



Tajuk: Anarkis
Genre: thriller
Harga: rm 29.90
Publisher: PTS fortuna Sdn. Bhd
Penulis: Khairul Nizam Khairani
Novel ini memang genre novel yang cik g2 minat. Selalunya cik g2 akan beli novel karya ramlee awing murshid tapi novel dia yang terbaru cinta sufi, 9 nyawa cik g2 dah khatam. Sekarng menanti novel beliau yang terbaru. Novel ni macam menarik je untuk diikuti….Kalau tanya cik g2 apa maksud anarkis tu, cik g2 pun tak tahu lagi sebab cik g2 belum mula membaca. Selepas cik g2 baca nanti, cik g2 beritahu kepada semua ye apa maksud anarkis tu dan kalau berkesempatan cik g2 boleh bagi dengan sinopsis sekali. insyaAllah..


Rasa tidak sabar nak menyambar novel-novel ini dan mulakan pembacaan. Novel mana ek sepatutnya cik g2 baca dulu???mungkin harus baca yang di bawah ni dulu~~


Ni  majalah solusi yang cik g2 beli. Cik g2 suka baca tulisan pahrol mohamad juoi, ketua editor majalah ni. Sesekali cik g2 baca solusi. Sesekali baca al-islam. Sesekali baca cleo. Sesekali baca wanita. Sesekali baca galaxie. Sesekali baca rapi.  Sesekali baca kreko. Benz tak nak kuarkan komik baru ke ek? 


Bab buku dah habis, cik g2 borong dua pasang baju kurung. Mungkin untuk dipakai pada raya haji nanti. Hehehe. Cik g2 menumpang je dengan emak cik g2. Cik g2 kan penganggur kehormat. Dia beli dua pasang gak. Cantik tak baju cik g2?? Kan cik g2 sorang je anak perempuan. Kira dia selalu lah belanja cik g2 beli baju kurung. Penuh almari dengan baju kurung. Sampai kekadang tak terpakai. Terima kasih mak. Lepas tengok manikam kalbu tu, rasa macam nak pakai baju kurung je sepanjang masa. Macam keturunan di raja zaman dolu-dolu..ahakz!perasan la ko cik g2…



 K guyz n gurlz, wassalam…jumpa lagi!

0 comments:

 

G.GNAK Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei