Tuesday, October 13, 2009

aku mahu pulang

Posted by G.GNAK at 10/13/2009 12:58:00 AM
semakin menginjak usia ke arah kedewasaan
seringkali kita terfikir dan berfikir
mampukah kita memikul tanggungjawab di kemudian hari??

aku mahu pulang
pulang pada momento di mana aku bersukaria dengan kawan-kawan di sekolah
bergelak ketawa ketika habis waktu sekolah
berbaris di dataran pelajar
menyanyikan lagu negaraku,lagu daerah dan lagu sekolah
membaca asmaulusnah dan yassin
memakai pakaian uniform
makan beramai-ramai di kantin sekolah
berjalan-jalan dari kelas ke kelas, melawat rakan-rakan kononnye
padahal mengusha lelaki handsome
walau kerja sekolah melambak
hidup tetap ceria

aku mahu pulang
pulang pada momento di mana berlari-lari di depan rumah jiran
bermain bola beracun, maen getah, zero point, berbasikal ke rumah kawan-kawan
bermain galah panjang, maen lastik2, maen king, maen rondes etc..
pada momento itu kita juga belajar
belajar mengira,membaca,matematik,sains,
tapi,kenapa masa tu belajar seronok dan enjoy sangat??
tapi bukan sekarang??

aku mahu pulang
pulang pada momento aku senyum dan ketawa dari hati
makan makanan dari air tangan seorang ibu
mahu mendengar bebelan seorang ibu menyuruh kita membuat kerja sekolah
seringkali bila kita malas dulu
mesti ada yang bebel n ingatkan kita
i miss that moment very so damn much
tapi sekarang??
tanggungjawab itu ada pada pundak diri sendiri
seringkali aku gagal
gagal menunaikan tanggungjawab kerana tiada bebelan seorang ibu
tiada keikhlasan dan kasih sayang dalam makanan di sini
seperti mana seorang ibu mampu sediakan untuk anaknya bila pulang dari sekolah
aku tak mampu seorang diri
di sini

aku mahu pulang
pulang pada masa lampau
bila air mata jatuh...
ada yang memujuk dan mengusap belakangku
menyatakan,"dah2 jangan nangis.."
seringkali tangisan ku tahan dari jatuh berderai
hanya senyuman,gelak ketawa yang mampu aku pamerkan
kerana kerinduan itu
takkan terbalas....
takkan....
rasa itu masih disini...

aku mahu pulang
pulang pada diriku
menjadi diriku yang dulu
kerana semakin jauh aku dari momento itu
semakin jauh aku dari diriku
semakin jauh dari prinsip hidupku
semakin jauh aku dari impianku
dulu,impian itu indah
rasa dekat sangat
tapi,bila dah berjalan makin jauh
rasa impian itu jauh sangat sampai tak terkapai
jauh sangat....

this is life



2 comments:

miss ketak-ketuk on October 17, 2009 at 12:40 PM said...

aku juga mahu pulang...
nak jmpe sang chenta--->abg edward...
hehehe..

G.GNAK on October 21, 2009 at 12:26 AM said...

eleh...
menyampah!!!

 

G.GNAK Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei