Wednesday, June 1, 2011

dalam kesibukan seorang manusia bernama nazirah

Posted by G.GNAK at 6/01/2011 06:26:00 PM 0 comments
ASSALAMMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATU dan SELAMAT SEJAHTERA

hi encik bloggy...
sorry sgt sbb dah lame x update dirimu...
dalam kesibukan cik g2
ape yg cik g2 sebokkn lately kan??
kejap2 orang tanya apa cik gg buat sekarang ni kan..

jadi,
untuk pengetahuan semua yang mengenali diri ini
cik gg sedang mengikuti satu short course 
tentang ape short course cik gg ni??
website development using php n mysql..
ada kena create satu website dalam masa 3 bulan..
katne katne??kulai, johor...
mampukah??

ni lah yg cik gg sedang sebookkkn diri cik gg..
sedang berusaha membina website..
sampi tidur 2,3 pagi..
dugaan..
cabaran..
benda tak tahu kan, memang take time nak belajo..
tetibe nak kena buat website plak...
adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....

sebenarnya cik gg tak tahu nak update ape..
just nak gtau, dalam bz2 cik g2 buat semua bnd ni,
cik gg ada gak buat bnd laen spnjg 3 bulan ni...
hidup, pandai2 la nak manage buat semua benda
yg kewajipan  
yg keperluan
yg minat
yg passion
yg laghah

kt cni cik gg cte bab yg x bp penting je boleh??yg wajib antara cik g2 dgn YANG SATU..xmo cte cni..
1. celebrate birthday kwn kt kfc.. 
2. g ronggeng tgk wayang-bukan 1 tp 2, fast 5 n nur kasih...tgk fast 5 smbil nganga,mata tak berkedip..tgk nur kasih, air mata ngalir gak la..hehe
3. g jengok tok tik n tok seman kt taib andak..alhamdulillah sihat atok2 ak..
4. g jemputan kawen sedara tunang abg..kt muor...
5..ape lagi ek??

will do this month:
1. this week-03-07/06/2011- g hantor cousin bertunang kt kedah nuuuuuuu~~
2. 11/06/2011-wedding classmate mase form 5(miza)..dah kawen budak kecik tuuu~
3. 12/006/2011-nak g tmn mak g tgk pokok kelapa sawit yg baru tanam tu cukup x....
4. 17/06/2011-ponteng-hehehe..sebab nak g wedding aisya kt soromban...drive jb-seremban ngan k.pah tercinta...wedding aisya on 18/06/2011...

stuffs to buy this month:
1. belt-belt lame dah karat2 da, nnt tetanus plak..hehehe.xtau bp rm..nk cari plng murah..
2. shawl pink yg tgk last time kt kipmart kota tu...rm 20.
3. g amek baju kebaya-rm35...
4. b4 24/06 ni kena hidupkan driving license..rm 30..
5. nak beli kemeja petak2 merah yg tgk kt skudai parade aritu~~rm 35..
6. nak beli spec itam yg tgk kt skudai parade ritu~~rm15..
7. kena bayar broadband-rm68...
8. bayar duit hostel-rm 50...
9.hadiah wed aisya-rm???

banayknya belanjawan untuk bln 6 ni..
duit tak dpt lg..klu dpt rm500...
kira2 total up semua yg ada kt atas tu, dah kira half dah guna..roughly la...
belum kire duit perjalanan dr jb-seremban(minyak n tol)..
mau bulan ni mkn biskut n maggi lg....
ak belajo tinggi, dpt degree tp hidup dlm kesempitan..huhuhuhuhu...
apekah yg sedang berlaku dlm hidup seorang nazirah???
kemanakah hala tuju dia selepas ini???tak siapa pun yg tahu hatta dirinya sendiri....

dalam fikiran, bnyak benda berlegar-legar,banyak bnda nak buat..t
p, semua hanya berlegar di minda bila banyak kekangan mendatang...
kehidupan, mane ada button pause mcm kt Gom Player ke, winamp ke...
kalau ada, boleh r jap pause kalau rase dah letih menjalani kehidupan ni..betol x kawan2??

wassalam kengkawan~enjoice

Tuesday, May 24, 2011

life is....

Posted by G.GNAK at 5/24/2011 10:32:00 AM 0 comments
ASSALAMMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATU dan selamat sejahtera

Alhamdulillah hari ni masih bernafas dan dikurniakan begitu banyak nikmat dr Allah sejak dr buka mata hingga ke saat ini..

pagi ni cik g2 mahu berkongsi satu 'comparison literally' yg cik g2 sempat dngar dr tv 9 pagi ni...

lebih kurang macam ni la ceritanya~

ada 3 gelas berisi air panas yang mendidih..gelas pertama di isi dengan sebatang carrot, gelas ke dua di isi dengan sebiji telur ayam dan gelas ke tiga diisi dengan biji2 kopi..



keadaan itu dibiarkan selama beberapa minit...

kemudian, di dapati carrot yg berada dlm gelas pertama menjadi lembut, 
telur dalam gelas ke dua menjadi keras boleh di makan macam telur rebus 
manakala biji kopi dlm  gels ke tiga telah dissove dlm air panas dan diitambah gula boleh diminum pula...

jadi, comparison literally nya di sini ialah:
air panas yang mendidih diibaratkan seperti masalah yang melanda setiap manusia..
ada 3 output yg akan terjadi kepada manusia bila manghadapi masalah sama ada menjadi seperti carrot, telur ataupun biji kopi..

maksudnya di sini,
ada manusia yang pada mulanya keras tetapi bila dah dilanda masalah, dia jd lemah, lembut, dan lembik mcm carrot td...

ada manusia yang pada mulanya fragile, boleh dipecahkan tetapi bila dilanda masalah, dia menjadi keras dan tabah .just like the eggs..

ada manusia yang pada mulanya keras, tetapi bila dilanda masalah, dia menjadi opportunist, menjadikan masalah yg dihadapi satu advantage pada dirinya...mcm biji kopi td...boleh di minum juga pd akhirnya...

u choose who are you between these three...

i think i am those three in different condition and situation...

wassalam~

Monday, May 23, 2011

sabar itu indah

Posted by G.GNAK at 5/23/2011 07:10:00 PM 0 comments
ASSALAMMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATU dan selamat sejahtera

tajuk entry kali ni berkisar tentang isi kandungan majalah solusi isu no.31 yang baru sahaja cik g2 habiskan membacanya pada hari ini setelah 2 hari membelinya..banyak yang cik g2 dapat daripada keluaran kali ni..tapi, di sini, cik g2 hanya akan meletakkan beberapa ayat ataupun peringatan yg betul2 menyentap hati cik g2 la bila membacanya..buat renungan bersama..kalau korang nak baca full, belilah di kedai2 yang berhampiran k..hehehe..

"Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:"Tidak ada seorang pun yang mendengar sesuatu yang menyakitkan lebih sabar daripada Allah. DIA telah disekutukan dan dianggap memiliki anak, tetapi DIA membiarkan dan memberi rezeki," (Riwayat Ahmad daripada Abu Musa al-Ash'ari)-sepatutnya semua ini menyedarkan manusia agar rasa malu dan takut jika tidak bersabar. Jika Allah sendiri yang memiliki segala sifat kesempurnaan lagikan bersabar, apatah lagi manusia yang begitu banyak kelemahan dan kekurangannya......"

"Pasak Kehidupan seorang mukmin ada 4: 1-Cipta hati yg stabil dgn Zikir, 2- Asuh akal dgn muzakarah, 3-Suluh hidup dgn ilmu dan 4-Ikat jiwa dgn mahabbah"

"Berkata Ziyad bin Abihi:"Orang yang cerdik bukanlah orang yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dengan baik. Akan tetapi, orang yang cerdik ialah orang yang mampu mengantisipasi masalah agar tidak terjadi." (Diriwayatkan oleh Ibn Qutaybah al-Dinawari [w. 276H] dalam kitab 'Uyun al-Akhbar

"Makhluk yang meminta pertolongan daripada makhluk samalah seperti banduan yang terpenjara meminta pertolongan kepada banduan yang juga sedang terpenjara"

"Apabila kemungkaran sudah menjadi budaya, ia tidak lagi dilihat sebagai suatu kemungkaran"

"Ramai orang melakukan sesuatu perbuatan tidak semestinya menunjukkan perbuatan itu benar. tetapi itulah realiti sekarang. yang salah nampak betul, yang betul nampak salah...cth- yang tak couple pulak nampak janggal" 

"Sesungguhnya doa seseorang itu tidak akan lepas daripada salah satu dari 3 perkara iaitu: adakalanya diampuni dosanya, adakalanya diberikan kebaikan segera (dikabulkan sesuai dgn permintaannya) dan adakala ditunda pengabulannya." (Riwayat al-Dailami)"

"Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksd: "Mahukah kamu aku beritahukan tentang sesuatu yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi?Sebarkanlah salam diantara kamu"(Riwayat Muslim)

"kita selalu menganggapi sesuatu yang "kecil" sebagai sesuatu yang remeh dan tidak mendatangkan apa-apa kesan jika melakukannya baik is berupa kebaikan ataupun keburukan. mungkin kita lupa bahawa sesuatu yang besar itu di awali oleh sesuatu yang kecil. "

"sejauh manapun pengembaraan, ia pasti bermula dgn langkah pertama. 
seluas manapun lautan, ia terhasil daripada titis-titis air. 
demikian juga, sebagus apapun sebuah buku, ia tersusun daripada jalinan huruf dan ayat. dan suatu huruf adalah rangkaian daripada beberapa titik.
titik adalah tanda terkecil yang biasa dilihat oleh manusia. 
walaupun kecil, tetapi pengaruhnya amat besar. 
sebagai cth, dlm bhs arab, sebuah titik mampu mempengaruhi makna dan kata. huruf Ha, yg tiada titik padanya, apabila diletakkan 1 titik ditengahnya, ia berubah menjadi huruf Jim...."

Thursday, May 19, 2011

muhasabah diri

Posted by G.GNAK at 5/19/2011 12:13:00 PM 0 comments
ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATU.

Hari ni cik g2 ada baca 1 entry di FB yang di post oleh kwn cik g2..baca2 and ada beberapa phrase yang cik g2 rasa menusuk kalbu~

rasa nak share ngan semua la benda tu...
enjoice!!

"Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya"

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Sunday, May 8, 2011

happy moms day

Posted by G.GNAK at 5/08/2011 11:59:00 AM 0 comments
ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATU

to all moms
happy moms day
selamat hari ibu
no words can describe
what a mother means

redha Allah terletak pada redha kedua orang tuanya
ibu dan ayah
patuh pada ibu di tempat 3 teratas
selepas itu baru ayah
jika kita sedang solat
seorang ibu memanggil kita
kita wajib menjawab panggilan seorang ibu itu
betapa ibu itu darjatnya tinggi di sisi Allah

hargailah
jasa
pengorbanan
kasih sayang
seorang ibu
kerana ada antara kita 
yang langsung tidak pernah merasa itu semua
JANGAN DAH TAKDE BARU NAK MENCARI


di hari yang bermakna ni
seandainya
seorang anak 
sudah lupa (kalau x lupe pun)
bagaimana suara ibunya
bagaimana rupa ibunya
bagaimana kasih sayang ibunya
pulanglah
temuilah ibu
kerana
sekaya mana pun kita
sesibuk mana pun kita
dalam dunia
ibu cuma seorang
kalau hilang
hilanglah
tak de tempat lagi 
untuk mencari seorang ibu

dan betapa ruginya
kepada wanita-wanita 
yang membuang bayi-bayi yang tidak berdosa
kerana telah merampas 
hak seorang anak 
memanggil seorang wanita
dengan gelaran
ibu...
gelaran yang sangat tinggi darjatnya  
disisi Allah

sama-samalah
kita menginsafi diri.. 
sayangi ibu setiap hari
sayang ibu lebih sikit hari ini!!

hehehe
 

G.GNAK Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei