Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Monday, December 12, 2011

satu entri

Posted by G.GNAK at 12/12/2011 03:28:00 PM 0 comments
assalammu'alaikum warahmatullah hiwabarakatu

dan salam sejahtera

walaupun saya tahu tiada yang membaca
namun entri ini untuk diri sendiri jua


seringkali bila berlaku sesuatu
musibah, bencana, dugaan
kita bertanya dengan diri sendiri
kenapa aku?
kenapa bukan orang lain

kita sering alpa
sesungguhnya apabila seorang manusia itu di uji
ujian yang diberikan oleh Allah 
adalah sesuatu yang boleh ditanggunginya
Allah tidak akan sesekali membebani makhluk dengan sesuatu yang tak tertanggungkan
sentiasalah beringat tentang itu
kerana aku juga sering melupakan itu

kita ini manusia lemah
hanya kepada Allah tempat bersandar

dan setiap kali Allah memberi ujian
ada hikmah disebaliknya

Aku sentiasa berdo'a 
Ya Allah masukkan aku dalam golongan 
yang sentiasa beriman, 
yang sentiasa bersabar,
yang sentiasa dalam Islam,
Ikhlas dalam setiap perlakuan, percakapan..hatta didalam hati...
hidupkan dan matikan aku dalam keimanan
dan apakah aku sudah lupa---
apakah kamu mengaku diri kamu beriman sedangkan kamu tidak diuji??
Sesungguhnya
dari Allah kita datang
dan 
kepada Allah jua kita kembali

-wassalam-

Monday, August 1, 2011

contengan jalanan

Posted by G.GNAK at 8/01/2011 08:31:00 AM 0 comments
Assalammu'alaikum warahmatullah hiwabarakatu
Selamat sejahtera semua

Cik gg baru habis baca contengan jalanan (I-FEND)...tak tahu kenapa, boleh nangis leleh2 bila chad meninggal...novel ni dekat di hati la...sebab...

yang pertama

"cukupkah sekadar harta, kerja, dan keluarga jadi sebab untuk berputih mata kalau itu hajat yg tak tercapai sebelum tinggalkan dunia??"

bnd ni cik gg bace time otak cik gg messy sgt2, feel PATHETIC.EMPTY.MESSY. then this novel mcm show me the way, fill my emptiness, and loose up my messiness somehow..ada lagi beberapa phrase dalam novel tu yg buat cik gg tersentak la..mase cik gg down sangat sbb memikir masalah yang tak bekerja lagi, masalah tiada bf (yang ni buat2 pk =P), masalah nak further study, masalah ketiadaan duit, macam2 masalah la yang entangled together yang buat cik gg serabut sangat smpi tak leh nak senyum langsung at that time...then, ayat kt atas tu kuor, apa yang korng rase kalau korang berada kat tempat cik gg time tu...heal somehow??

yang kedua
sebab cik gg bayangkan cousin cik gg as fend and cik gg as chad..leh ke g2??hehe..umo pon kurng lbh same je..feel into the character..

yang ketiga
sebab cik gg rase nk g aussie..cik gg pernah cte dgn cousin cik gg yang cik gg bercita2 nak g australia tp time ada duit la kn..tup2, kuor dlm novel ni diorng g sane..bila la boleh backpack g aussie...cik gg dah rse mcm smpi sane je bile baca novel tu...hlovate ni mcm tau2 je cik gg nak g sane..dia bg cik gg feel dulu kn....

yang keempat
sebab ramadhan arini,semalam baru hbs baca,mmg kena dgn tema la nak sambut ramadhan ni, senang kata-right timing..
jumpa ayat 
"Ramadhan tu bukannya diertikan dgn bazar ramadan.
Bukan diertikan dgn malam 7 likur pasang pelita.
Bukan diertikan dgn lawan meriam buloh antara kampung.
Bukan diertikan dgn buka puasa di hotel2.
Bukan diertikan dgn rancangn masak2 bulan puasa di tv.
tp, bnda2 tula yg jd definisi ramadhan kt malaysia...
sebab kt malaysia bnda2 agama banyak yg dah jd bnda budaya..."

bila baca ni rase nak sambut ramadhan kt aussie plak + rase nak tarawih penuh n nak khatam Al-Quran this ramadhan + buat solat sunat + nak berubah..just like them...

i do a lots of thinking after finishing read this half part(ifend) of this novel..yg II-k2 tu baru nak start baca...hold dulu

over-feel ke cik gg ni ble cik gg katakan cik gg wants to change for a better just because i read some novel???

to readers out there, do read contengan jalanan even at the end u'll wipe a tear, but it is a tear for good...to ensure you have the heart to feel... 

"The man that decided to change on the 12th hour, dies on the 11th"

wassalam

Monday, May 23, 2011

sabar itu indah

Posted by G.GNAK at 5/23/2011 07:10:00 PM 0 comments
ASSALAMMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATU dan selamat sejahtera

tajuk entry kali ni berkisar tentang isi kandungan majalah solusi isu no.31 yang baru sahaja cik g2 habiskan membacanya pada hari ini setelah 2 hari membelinya..banyak yang cik g2 dapat daripada keluaran kali ni..tapi, di sini, cik g2 hanya akan meletakkan beberapa ayat ataupun peringatan yg betul2 menyentap hati cik g2 la bila membacanya..buat renungan bersama..kalau korang nak baca full, belilah di kedai2 yang berhampiran k..hehehe..

"Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:"Tidak ada seorang pun yang mendengar sesuatu yang menyakitkan lebih sabar daripada Allah. DIA telah disekutukan dan dianggap memiliki anak, tetapi DIA membiarkan dan memberi rezeki," (Riwayat Ahmad daripada Abu Musa al-Ash'ari)-sepatutnya semua ini menyedarkan manusia agar rasa malu dan takut jika tidak bersabar. Jika Allah sendiri yang memiliki segala sifat kesempurnaan lagikan bersabar, apatah lagi manusia yang begitu banyak kelemahan dan kekurangannya......"

"Pasak Kehidupan seorang mukmin ada 4: 1-Cipta hati yg stabil dgn Zikir, 2- Asuh akal dgn muzakarah, 3-Suluh hidup dgn ilmu dan 4-Ikat jiwa dgn mahabbah"

"Berkata Ziyad bin Abihi:"Orang yang cerdik bukanlah orang yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dengan baik. Akan tetapi, orang yang cerdik ialah orang yang mampu mengantisipasi masalah agar tidak terjadi." (Diriwayatkan oleh Ibn Qutaybah al-Dinawari [w. 276H] dalam kitab 'Uyun al-Akhbar

"Makhluk yang meminta pertolongan daripada makhluk samalah seperti banduan yang terpenjara meminta pertolongan kepada banduan yang juga sedang terpenjara"

"Apabila kemungkaran sudah menjadi budaya, ia tidak lagi dilihat sebagai suatu kemungkaran"

"Ramai orang melakukan sesuatu perbuatan tidak semestinya menunjukkan perbuatan itu benar. tetapi itulah realiti sekarang. yang salah nampak betul, yang betul nampak salah...cth- yang tak couple pulak nampak janggal" 

"Sesungguhnya doa seseorang itu tidak akan lepas daripada salah satu dari 3 perkara iaitu: adakalanya diampuni dosanya, adakalanya diberikan kebaikan segera (dikabulkan sesuai dgn permintaannya) dan adakala ditunda pengabulannya." (Riwayat al-Dailami)"

"Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksd: "Mahukah kamu aku beritahukan tentang sesuatu yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi?Sebarkanlah salam diantara kamu"(Riwayat Muslim)

"kita selalu menganggapi sesuatu yang "kecil" sebagai sesuatu yang remeh dan tidak mendatangkan apa-apa kesan jika melakukannya baik is berupa kebaikan ataupun keburukan. mungkin kita lupa bahawa sesuatu yang besar itu di awali oleh sesuatu yang kecil. "

"sejauh manapun pengembaraan, ia pasti bermula dgn langkah pertama. 
seluas manapun lautan, ia terhasil daripada titis-titis air. 
demikian juga, sebagus apapun sebuah buku, ia tersusun daripada jalinan huruf dan ayat. dan suatu huruf adalah rangkaian daripada beberapa titik.
titik adalah tanda terkecil yang biasa dilihat oleh manusia. 
walaupun kecil, tetapi pengaruhnya amat besar. 
sebagai cth, dlm bhs arab, sebuah titik mampu mempengaruhi makna dan kata. huruf Ha, yg tiada titik padanya, apabila diletakkan 1 titik ditengahnya, ia berubah menjadi huruf Jim...."

Thursday, May 19, 2011

muhasabah diri

Posted by G.GNAK at 5/19/2011 12:13:00 PM 0 comments
ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATU.

Hari ni cik g2 ada baca 1 entry di FB yang di post oleh kwn cik g2..baca2 and ada beberapa phrase yang cik g2 rasa menusuk kalbu~

rasa nak share ngan semua la benda tu...
enjoice!!

"Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya"

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Saturday, September 18, 2010

sejauh mana cinta kita kepada-NYA?

Posted by G.GNAK at 9/18/2010 04:29:00 PM 0 comments
tittle entry ni mgkn sinonim bg sesape yg bce mag solusi isu 23...kali ni cik g2 cume nk kongsi ckit ape yg cik g2 bce..mgkn rmi dr kita yg da melupakn..termsuk cik g2 sndri..ble bce solusi ni mcm bru tersedak ble minum air or mcm terjage ble tgh seronok brmimpi..itulah comparison nye literally..apabila kita mencintai allah,hakikatnya kita akn memiliki segala2nya.Inilah cinta yg tdk akn terpish olh ruang jarak masa harta dn kematian..Mengapa kita perlu cintakn Allah?jawpn mudahnye adlh kerana allah yg plng mencintai kita..Allah mencintai kita lbh drpd sesape shj yg tlh,sdg atau akn mencintai kita..SESIAPA SAHAJA YG MENCINTAI KITA ITU HAKIKATNYA ALLAH YG MENJADIKANNYA DAN ALLAH JUA YG MENITIPKAN RASA CINTA ITU KE DALAM DIRINYA UNTUK MENCINTAI KITA...Allah mencintai kita lalu Allah menjadikan kita drpd tiada jpd ada..Allah mengurniakn nikmt bkn sekali sekala ttp stiap msa dan sntiasa...Rasulullah s.a.w tlh meriwayatkn dlm sbuah hadis kudsi bhw Allah s.w.t berfirman yg bermksd:Aku menurut sangkaan hamba kpdKu dan Aku bersamanya apabila dia ingt kpdKu.jika dia ingt kpdKu maka Aku mengingtnye dlm dri Ku.jika dia ingt kpdKu dlm kelompok maka Aku mengingatinya dlm kelompok org yg lbh baik dr kelompok mereka.jika dia mendkt kpdKu sejengkal maka Aku mendkt kpdnya sehasta.jika dia mendkt kpdKu sehasta maka Aku mendkt kpdnya sedepa.jika dia dtg kepadKu dgn berjln maka Aku dtg kepdnya dgn berlari-lari kecil.(riwayat al-bukhari no.6970)...cintailah ALLAH krn Dialah keksh yg tdk akn meninggalkn mengecewakn atau membiarkn kita sendirian..renungilah kata imam al-ghazali r.h.m ini:prtama tlh kupndg makhluk yg byk ini.maka saksikanlah bhw tiap2 meqeka menpunyai kekasih dan kecintaan tmpt hatinye tertambat.shbgian drpd keksh e2 hanya mendampingi smpi ke skt yg menbw maut dn sbhgian lg hny smpi ke tepi liang kubur.stlh itu kesemuanya plng dn meningglkn kekshnye terbring seorg diri.tidk seorg pn yg turut msuk ke kubur dn menghburknnya di dlmnya.yg demikian tidk ku dpti selain drpd amalan yg soleh.sebab itu maka kuambil ia menjd kekasihku supaya kelak ia menjd pelita d dlm kuburku.menghburkn dn tdk meningglkn ak seorg dri..'..~bertemu tidak jemu.berpisah tdk gelisah.jgn bersdh..berani dn tabahla demi cinta ALLAH!..jmp lg..
 

G.GNAK Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei