ASSALAMMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATU dan selamat sejahtera
tajuk entry kali ni berkisar tentang isi kandungan majalah solusi isu no.31 yang baru sahaja cik g2 habiskan membacanya pada hari ini setelah 2 hari membelinya..banyak yang cik g2 dapat daripada keluaran kali ni..tapi, di sini, cik g2 hanya akan meletakkan beberapa ayat ataupun peringatan yg betul2 menyentap hati cik g2 la bila membacanya..buat renungan bersama..kalau korang nak baca full, belilah di kedai2 yang berhampiran k..hehehe..
"Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:"Tidak ada seorang pun yang mendengar sesuatu yang menyakitkan lebih sabar daripada Allah. DIA telah disekutukan dan dianggap memiliki anak, tetapi DIA membiarkan dan memberi rezeki," (Riwayat Ahmad daripada Abu Musa al-Ash'ari)-sepatutnya semua ini menyedarkan manusia agar rasa malu dan takut jika tidak bersabar. Jika Allah sendiri yang memiliki segala sifat kesempurnaan lagikan bersabar, apatah lagi manusia yang begitu banyak kelemahan dan kekurangannya......"
"Pasak Kehidupan seorang mukmin ada 4: 1-Cipta hati yg stabil dgn Zikir, 2- Asuh akal dgn muzakarah, 3-Suluh hidup dgn ilmu dan 4-Ikat jiwa dgn mahabbah"
"Berkata Ziyad bin Abihi:"Orang yang cerdik bukanlah orang yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dengan baik. Akan tetapi, orang yang cerdik ialah orang yang mampu mengantisipasi masalah agar tidak terjadi." (Diriwayatkan oleh Ibn Qutaybah al-Dinawari [w. 276H] dalam kitab 'Uyun al-Akhbar)
"Makhluk yang meminta pertolongan daripada makhluk samalah seperti banduan yang terpenjara meminta pertolongan kepada banduan yang juga sedang terpenjara"
"Apabila kemungkaran sudah menjadi budaya, ia tidak lagi dilihat sebagai suatu kemungkaran"
"Ramai orang melakukan sesuatu perbuatan tidak semestinya menunjukkan perbuatan itu benar. tetapi itulah realiti sekarang. yang salah nampak betul, yang betul nampak salah...cth- yang tak couple pulak nampak janggal"
"Sesungguhnya doa seseorang itu tidak akan lepas daripada salah satu dari 3 perkara iaitu: adakalanya diampuni dosanya, adakalanya diberikan kebaikan segera (dikabulkan sesuai dgn permintaannya) dan adakala ditunda pengabulannya." (Riwayat al-Dailami)"
"Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksd: "Mahukah kamu aku beritahukan tentang sesuatu yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi?Sebarkanlah salam diantara kamu"(Riwayat Muslim)
"kita selalu menganggapi sesuatu yang "kecil" sebagai sesuatu yang remeh dan tidak mendatangkan apa-apa kesan jika melakukannya baik is berupa kebaikan ataupun keburukan. mungkin kita lupa bahawa sesuatu yang besar itu di awali oleh sesuatu yang kecil. "
"sejauh manapun pengembaraan, ia pasti bermula dgn langkah pertama.
seluas manapun lautan, ia terhasil daripada titis-titis air.
demikian juga, sebagus apapun sebuah buku, ia tersusun daripada jalinan huruf dan ayat. dan suatu huruf adalah rangkaian daripada beberapa titik.
titik adalah tanda terkecil yang biasa dilihat oleh manusia.
walaupun kecil, tetapi pengaruhnya amat besar.
sebagai cth, dlm bhs arab, sebuah titik mampu mempengaruhi makna dan kata. huruf Ha, yg tiada titik padanya, apabila diletakkan 1 titik ditengahnya, ia berubah menjadi huruf Jim...."
0 comments:
Post a Comment