Showing posts with label books. Show all posts
Showing posts with label books. Show all posts

Monday, August 1, 2011

contengan jalanan

Posted by G.GNAK at 8/01/2011 08:31:00 AM 0 comments
Assalammu'alaikum warahmatullah hiwabarakatu
Selamat sejahtera semua

Cik gg baru habis baca contengan jalanan (I-FEND)...tak tahu kenapa, boleh nangis leleh2 bila chad meninggal...novel ni dekat di hati la...sebab...

yang pertama

"cukupkah sekadar harta, kerja, dan keluarga jadi sebab untuk berputih mata kalau itu hajat yg tak tercapai sebelum tinggalkan dunia??"

bnd ni cik gg bace time otak cik gg messy sgt2, feel PATHETIC.EMPTY.MESSY. then this novel mcm show me the way, fill my emptiness, and loose up my messiness somehow..ada lagi beberapa phrase dalam novel tu yg buat cik gg tersentak la..mase cik gg down sangat sbb memikir masalah yang tak bekerja lagi, masalah tiada bf (yang ni buat2 pk =P), masalah nak further study, masalah ketiadaan duit, macam2 masalah la yang entangled together yang buat cik gg serabut sangat smpi tak leh nak senyum langsung at that time...then, ayat kt atas tu kuor, apa yang korng rase kalau korang berada kat tempat cik gg time tu...heal somehow??

yang kedua
sebab cik gg bayangkan cousin cik gg as fend and cik gg as chad..leh ke g2??hehe..umo pon kurng lbh same je..feel into the character..

yang ketiga
sebab cik gg rase nk g aussie..cik gg pernah cte dgn cousin cik gg yang cik gg bercita2 nak g australia tp time ada duit la kn..tup2, kuor dlm novel ni diorng g sane..bila la boleh backpack g aussie...cik gg dah rse mcm smpi sane je bile baca novel tu...hlovate ni mcm tau2 je cik gg nak g sane..dia bg cik gg feel dulu kn....

yang keempat
sebab ramadhan arini,semalam baru hbs baca,mmg kena dgn tema la nak sambut ramadhan ni, senang kata-right timing..
jumpa ayat 
"Ramadhan tu bukannya diertikan dgn bazar ramadan.
Bukan diertikan dgn malam 7 likur pasang pelita.
Bukan diertikan dgn lawan meriam buloh antara kampung.
Bukan diertikan dgn buka puasa di hotel2.
Bukan diertikan dgn rancangn masak2 bulan puasa di tv.
tp, bnda2 tula yg jd definisi ramadhan kt malaysia...
sebab kt malaysia bnda2 agama banyak yg dah jd bnda budaya..."

bila baca ni rase nak sambut ramadhan kt aussie plak + rase nak tarawih penuh n nak khatam Al-Quran this ramadhan + buat solat sunat + nak berubah..just like them...

i do a lots of thinking after finishing read this half part(ifend) of this novel..yg II-k2 tu baru nak start baca...hold dulu

over-feel ke cik gg ni ble cik gg katakan cik gg wants to change for a better just because i read some novel???

to readers out there, do read contengan jalanan even at the end u'll wipe a tear, but it is a tear for good...to ensure you have the heart to feel... 

"The man that decided to change on the 12th hour, dies on the 11th"

wassalam

Monday, May 23, 2011

sabar itu indah

Posted by G.GNAK at 5/23/2011 07:10:00 PM 0 comments
ASSALAMMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATU dan selamat sejahtera

tajuk entry kali ni berkisar tentang isi kandungan majalah solusi isu no.31 yang baru sahaja cik g2 habiskan membacanya pada hari ini setelah 2 hari membelinya..banyak yang cik g2 dapat daripada keluaran kali ni..tapi, di sini, cik g2 hanya akan meletakkan beberapa ayat ataupun peringatan yg betul2 menyentap hati cik g2 la bila membacanya..buat renungan bersama..kalau korang nak baca full, belilah di kedai2 yang berhampiran k..hehehe..

"Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:"Tidak ada seorang pun yang mendengar sesuatu yang menyakitkan lebih sabar daripada Allah. DIA telah disekutukan dan dianggap memiliki anak, tetapi DIA membiarkan dan memberi rezeki," (Riwayat Ahmad daripada Abu Musa al-Ash'ari)-sepatutnya semua ini menyedarkan manusia agar rasa malu dan takut jika tidak bersabar. Jika Allah sendiri yang memiliki segala sifat kesempurnaan lagikan bersabar, apatah lagi manusia yang begitu banyak kelemahan dan kekurangannya......"

"Pasak Kehidupan seorang mukmin ada 4: 1-Cipta hati yg stabil dgn Zikir, 2- Asuh akal dgn muzakarah, 3-Suluh hidup dgn ilmu dan 4-Ikat jiwa dgn mahabbah"

"Berkata Ziyad bin Abihi:"Orang yang cerdik bukanlah orang yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dengan baik. Akan tetapi, orang yang cerdik ialah orang yang mampu mengantisipasi masalah agar tidak terjadi." (Diriwayatkan oleh Ibn Qutaybah al-Dinawari [w. 276H] dalam kitab 'Uyun al-Akhbar

"Makhluk yang meminta pertolongan daripada makhluk samalah seperti banduan yang terpenjara meminta pertolongan kepada banduan yang juga sedang terpenjara"

"Apabila kemungkaran sudah menjadi budaya, ia tidak lagi dilihat sebagai suatu kemungkaran"

"Ramai orang melakukan sesuatu perbuatan tidak semestinya menunjukkan perbuatan itu benar. tetapi itulah realiti sekarang. yang salah nampak betul, yang betul nampak salah...cth- yang tak couple pulak nampak janggal" 

"Sesungguhnya doa seseorang itu tidak akan lepas daripada salah satu dari 3 perkara iaitu: adakalanya diampuni dosanya, adakalanya diberikan kebaikan segera (dikabulkan sesuai dgn permintaannya) dan adakala ditunda pengabulannya." (Riwayat al-Dailami)"

"Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksd: "Mahukah kamu aku beritahukan tentang sesuatu yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi?Sebarkanlah salam diantara kamu"(Riwayat Muslim)

"kita selalu menganggapi sesuatu yang "kecil" sebagai sesuatu yang remeh dan tidak mendatangkan apa-apa kesan jika melakukannya baik is berupa kebaikan ataupun keburukan. mungkin kita lupa bahawa sesuatu yang besar itu di awali oleh sesuatu yang kecil. "

"sejauh manapun pengembaraan, ia pasti bermula dgn langkah pertama. 
seluas manapun lautan, ia terhasil daripada titis-titis air. 
demikian juga, sebagus apapun sebuah buku, ia tersusun daripada jalinan huruf dan ayat. dan suatu huruf adalah rangkaian daripada beberapa titik.
titik adalah tanda terkecil yang biasa dilihat oleh manusia. 
walaupun kecil, tetapi pengaruhnya amat besar. 
sebagai cth, dlm bhs arab, sebuah titik mampu mempengaruhi makna dan kata. huruf Ha, yg tiada titik padanya, apabila diletakkan 1 titik ditengahnya, ia berubah menjadi huruf Jim...."

Thursday, October 7, 2010

......IQRA'

Posted by G.GNAK at 10/07/2010 10:29:00 AM 0 comments
Semalam cik g2 beli 2 buah novel baru dan majalah Solusi isu 24. Dua-dua novel melayu sebab beli di kota tinggi, bukan di johor bharu. Di sini (kota tinggi), tiada english novel yang di jual. Kalau mahu, harus pergi ke bandar JB. Majalah tu pula, untuk bagi makanan pada rohani cik g2 sikitla.






Tajuk: lelaki berkasut merah
Genre: komedi kehidupan
Harga: rm 20.00
Publisher: PTS litera utama sdn. Bhd.
Penulis: bahruddin bekri
Pertama kali cik g2 berjumpa dengan novel ini sewaktu di majlis konvo cik g2 di penang pada ogos lepas. Hati tertarik dengan tajuk novel, ada rasa mahu beli pada letika itu, tetapi kekangan duit membuatkan cik g2 melupakan hasrat suci murni tersebut. Tetapi, jodoh cik g2 dengan novel ini panjang depertemukan sekali lagi di kedai buku plaza gedung harian kota tinggi. Sekarang boleh beli sebab pakai duit raya yang dapat. Hehehehehe. Lucu!!
“saya baca apa yang kamu tulis pada ruangan ‘penghargaan’,” kata cikgu Bakar smabil membetulkan kaca matanya sebelum membaca,”…….kami juga mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Bakar yang agak renting kulitnya itu. Tetatpi,sejak akhir-akhir I ini kulitnya sedah tidak berapa rentung. Mungkin dia menggunakan krim pencerah kulit. Sudah tua-tua pun guna pencerah kulit. Tidak sedar diri……” Cikgu Bakar lalu kembali merenung mereka bertiga….. 



Tajuk: Anarkis
Genre: thriller
Harga: rm 29.90
Publisher: PTS fortuna Sdn. Bhd
Penulis: Khairul Nizam Khairani
Novel ini memang genre novel yang cik g2 minat. Selalunya cik g2 akan beli novel karya ramlee awing murshid tapi novel dia yang terbaru cinta sufi, 9 nyawa cik g2 dah khatam. Sekarng menanti novel beliau yang terbaru. Novel ni macam menarik je untuk diikuti….Kalau tanya cik g2 apa maksud anarkis tu, cik g2 pun tak tahu lagi sebab cik g2 belum mula membaca. Selepas cik g2 baca nanti, cik g2 beritahu kepada semua ye apa maksud anarkis tu dan kalau berkesempatan cik g2 boleh bagi dengan sinopsis sekali. insyaAllah..


Rasa tidak sabar nak menyambar novel-novel ini dan mulakan pembacaan. Novel mana ek sepatutnya cik g2 baca dulu???mungkin harus baca yang di bawah ni dulu~~


Ni  majalah solusi yang cik g2 beli. Cik g2 suka baca tulisan pahrol mohamad juoi, ketua editor majalah ni. Sesekali cik g2 baca solusi. Sesekali baca al-islam. Sesekali baca cleo. Sesekali baca wanita. Sesekali baca galaxie. Sesekali baca rapi.  Sesekali baca kreko. Benz tak nak kuarkan komik baru ke ek? 


Bab buku dah habis, cik g2 borong dua pasang baju kurung. Mungkin untuk dipakai pada raya haji nanti. Hehehe. Cik g2 menumpang je dengan emak cik g2. Cik g2 kan penganggur kehormat. Dia beli dua pasang gak. Cantik tak baju cik g2?? Kan cik g2 sorang je anak perempuan. Kira dia selalu lah belanja cik g2 beli baju kurung. Penuh almari dengan baju kurung. Sampai kekadang tak terpakai. Terima kasih mak. Lepas tengok manikam kalbu tu, rasa macam nak pakai baju kurung je sepanjang masa. Macam keturunan di raja zaman dolu-dolu..ahakz!perasan la ko cik g2…



 K guyz n gurlz, wassalam…jumpa lagi!

Sunday, March 14, 2010

books!!!!!

Posted by G.GNAK at 3/14/2010 12:55:00 PM 0 comments



rase mahu pergi dan merasai pengalaman sendiri berada di 29th KLIBF yang diadakan kat PWTC....bile ek ??19-28 bln ni...mst banyak buku yang ada kat sane..n mst banyak juga yang aku akan berhabis duit kalau g sane...tp...celah manelah nak g ni...huhuhu...weekend je lah boleh...tp..weekend ni pasti tak boleh kerana ada biomed nite 20hb ...then the next week 28hb ada appoinment plak.....huhhu...melepaslah peluang aku nak g event yg ak akn dapt tgk buku bertimbun2....gler dgn timbunan buku n bile g kdi buku tu rase cam nak bli smua buku yg terjatuh minat..tp plng bnyk pernah borong 2 jela..pulus private limited la...tgk la nnnt ble ak dah keje,ada umah sndri, nak buat library kt umah~~
 

G.GNAK Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei